Sunday, October 5, 2008

Guru Tadika Diperlukan...




Pihak kami mengalukan-alukan kepada warganegara Malaysia khasnya yang berada di sekitar Kedah yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan Guru Tadika di Taska kami.

Kelayakan:
- Mempunyai Diploma khasnya di dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan kanak-kanak

Lain-lain:
- Komited dan benar-benar berminat dengan karier pendidikan

Jika berminat, sila hubungi Puan Hajjah Azimah Othman di talian 012-4569008 @ 017-4474008 atau datang terus ke Pusat Asuhan Pintar, No 5 & 6 Taman Pandan, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Star, Kedah.

Anda juga boleh menghantar resume ke: papintar@gmail.com



Sunday, July 27, 2008

Pembelajaran Kanak-Kanak




Satu proses pembelajaran yang menarik dan menghiburkan untuk anak-anak anda. Amat sesuai kepada perkembangan anak-anak anda yang berumur 2 tahun ke atas, sebelum mereka melangkah kaki ke alam persekolahan. Meliputi semua subjek asas seperti matematik, bahasa inggeris, permainan minda dan sebagainya. Kanak-kanak boleh melakukannya dengan bantuan yang minima daripada guru. Konsep yang mudah, praktikal dan menghiburkan untuk anak-anak anda.


Saturday, July 12, 2008

GURU QIRAATI

Kami memerlukan perkhidmatan guru untuk mengajar di Tadika kami. Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Puan Hajjah Azimah di talian 012-4569008

Tuesday, May 27, 2008

Istiwa Matahari - Tanda Kebesaran Ilahi

Fenomena istiwa matahari adalah salah satu tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Ilahi. Fenomena yang dikenal juga sebagai Istiwa A'dzam (Istiwa Agung) ini terjadi apabila matahari berada tegak di atas Kaabah, iaitu berada tepat di titik Zenith (Ghayah) semasa Istiwa (Rembang/Tengahari). Peristiwa ini berlaku dua kali setahun, iaitu pada tarikh dan masa apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud Mekah. Pada ketika itu, bayang-bayang objek tegak yang terhasil di seluruh dunia akan membetuli arah kiblat, lantas memberi peluang kepada umat Islam menyemak arah kiblat dari tempat masing-masing.

Pada tahun ini, istiwa akan berlaku pada :

1. 22 Jamadil Awal 1429 / 28 Mei 2008 (Rabu) jam 5.16 petang.


2. 13 Rejab 1429 / 16 Julai 2008 (rabu) jam 5.28 petang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Bahagian Falak dan Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Kedah, Tingkat 6, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Star, Kedah.

Monday, May 26, 2008

Belajar Bahasa Arab Untuk Bakal Jemaah Haji

Kepada semua bakal Haji yang akan menunaikan haji mereka pada tahun ini, kami mengucapkan tahniah dan semoga dapat menjalankan ibadah ini dengan hati yang tawaddu' dan sabar dalam segala ujian yang menimpa. Atas daya usaha kami, ingin mengambil keberkatan daripada para jemaah, kami akan mengadakan satu kursus Bahasa Arab (Komunikasi) untuk bakal haji. Ini adalah untuk memudahkan mereka berkomunikasi apabila tiba di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Maklumat kursus adalah seperti berikut :
Tempat : Tadika Pintar, No 5 & 6 Taman Pandan, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Star, Kedah

Pendaftaran : Mulai 31 Mei 2008 (Setiap Sabtu) Jam 11.00 pagi hingga 1.00 ptg

Yuran : Pendaftaran RM10.00 dan yuran kursus + buku = RM240.00. Jumlah RM250.00

Tempoh kursus : 40 jam, seminggu 3 kali, setiap kelas 2 jam.

Tenaga pengajar : Dr Abdul Ghani Muhammad Din (PhD. Bahasa Arab Al-Azhar)

Maklumat lanjut : 017-5729825 (Puan Siti Aeshah Abdul Halim)