Fenomena istiwa matahari adalah salah satu tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Ilahi. Fenomena yang dikenal juga sebagai Istiwa A'dzam (Istiwa Agung) ini terjadi apabila matahari berada tegak di atas Kaabah, iaitu berada tepat di titik Zenith (Ghayah) semasa Istiwa (Rembang/Tengahari). Peristiwa ini berlaku dua kali setahun, iaitu pada tarikh dan masa apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud Mekah. Pada ketika itu, bayang-bayang objek tegak yang terhasil di seluruh dunia akan membetuli arah kiblat, lantas memberi peluang kepada umat Islam menyemak arah kiblat dari tempat masing-masing.
Pada tahun ini, istiwa akan berlaku pada :
1. 22 Jamadil Awal 1429 / 28 Mei 2008 (Rabu) jam 5.16 petang.
2. 13 Rejab 1429 / 16 Julai 2008 (rabu) jam 5.28 petang.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Kedah, Tingkat 6, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Star, Kedah.
Tuesday, May 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment