Kepada semua bakal Haji yang akan menunaikan haji mereka pada tahun ini, kami mengucapkan tahniah dan semoga dapat menjalankan ibadah ini dengan hati yang tawaddu' dan sabar dalam segala ujian yang menimpa. Atas daya usaha kami, ingin mengambil keberkatan daripada para jemaah, kami akan mengadakan satu kursus Bahasa Arab (Komunikasi) untuk bakal haji. Ini adalah untuk memudahkan mereka berkomunikasi apabila tiba di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Maklumat kursus adalah seperti berikut :
Tempat : Tadika Pintar, No 5 & 6 Taman Pandan, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Star, Kedah
Pendaftaran : Mulai 31 Mei 2008 (Setiap Sabtu) Jam 11.00 pagi hingga 1.00 ptg
Yuran : Pendaftaran RM10.00 dan yuran kursus + buku = RM240.00. Jumlah RM250.00
Tempoh kursus : 40 jam, seminggu 3 kali, setiap kelas 2 jam.
Tenaga pengajar : Dr Abdul Ghani Muhammad Din (PhD. Bahasa Arab Al-Azhar)
Maklumat lanjut : 017-5729825 (Puan Siti Aeshah Abdul Halim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment